Personaliti Akbar Akbar Agung

Akbar adalah seorang raja yang baik hati dan bijak, seorang lelaki yang sentriasa dengan idea-idea baru, dan mempunyai perwatakan sebagai seorang hakim. Sebagai seorang raja beliau berjaya memenangi perhatian dan disanjungi orang-orang di sekelilingnya.

Abul Fazal, dan juga Badayuni yang sering memberi kritikan, menyifatkan Akbar mempunyai pemerintah yang mempunyai keperibadian yang tinggi. Beliau tidak takut untuk dalam mengejar dan juga di dalam medan pertempuran, dan juga "seperti Alexander dari Macedonia, yang sentiasa mengambil risiko tanpa mengira akibat-akibat politikal." Beliau sering memacu kudanya meredah sungai semasa musim-musim hujan dan selamat sampai ke seberang yang di sebelah. Walaupun seorang pemerintah yang amat berkuasa, beliau tidaklah biasa melakukan kekejaman. Beliau telah mengampunkan abangnya Hakim, seorang pemberontak yang sudah insaf. Bagaimanapun, dalam beberapa kes yang terpencil, beliau amat kejam dengan orang bersalah, seperti yang dibuatnya ke atas bapa saudaranya, Muazzam, dan abang angkatnya, Adham Khan.

Beliau dikatakan seorang yang bersederhana di dalam dietnya. Sukakan buah-buahan, dan tidak berapa menyukai daging, yang dihentikan terus pengambilannya pada tahun-tahun yang seterusnya.

Kebanyakan daripada sejarawan-sejarawan berpendapat bahawa Akbar adalah seorang maharaja dirasuk oleh "nafsu" yang keterlaluan kepada perempuan. Dipercayai beliau seorang yang amat kuat meminum arak.

... Akbar lazimnya seorang peminum arak yang kuat. Seorang paderi dengan beraninya menegur secara tajam terhadap beliau mengenai perlakuan sumbangnya dengan perempuan. Akbar, yang sepatutnya murka dengan kelantangan paderi itu, tersipu-sipu meminta dirinya.[1]

Abul Fazl turut menerangkan yang maharajanya suka kepada perempuan dan arak. Para sejarawan mempunyai pendapat yang berlainan pada teks yang diceritakan di Ain-i-Akbari. kebanyakannya berpendapat bahawa beliau seorang yang melindungi wanita, terutamanya anak-anak dara. Ini adalah kejayaan pentadbirannya untuk menguruskan hal yang sedemikian meskipun beliau telah membenarkan penjualan arak dan pelacuran berdekatan dengan istana. Kritikan Abu Fazl tidak menyatakan tentang perkara ini, tetapi ramai yang berpendapat dia mengatakan yang sebaliknya.

.. Baginda telah membuka kedai arak berdekatan dengan istana ... Para pelacur yang diambil dari kedai tidak mungkin dapat dibilang, bilangan mereka sungguh ramai ... Penari-penari perempuan sentiasa dibawa pulang oleh orang-orang istana. Jika ada orang istana yang dikenali ingin mengambil seorang dara, dia terpaksa meminta kebenaran terlebih dahulu daripada Baginda [Akbar]. Sambil itu, lelaki juga turut melacurkan diri mereka, dan kemabukan dan ketidakpedulian akhirnya membawa kepada pertumpahan darah ... Baginda sendiri memanggil sebahagian daripada pelacur untuk mengetahui samada mereka masih mengekalkan dara mereka. (Terjemahan teks yang terpilih dari Ain-i-Akbari ditulis oleh Abdul Fazal di dalam Bahasa Parsi. Diterjemah oleh H. Blochmann) [2]

Rujukan

WikiPedia: Akbar Agung //scholar.google.com/scholar?q=%22Akbar+Agung%22 //www.google.com/search?&q=%22Akbar+Agung%22+site:... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Akbar... //www.google.com/search?q=%22Akbar+Agung%22&tbm=nw... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Akbar+Agung... http://www.storyofpakistan.com/articletext.asp?art... http://www.worldofbiography.com/9001-Akbar/ http://www.wsu.edu:8080/~dee/MUGHAL/AKBAR.HTM http://www.gutenberg.org/etext/14134 http://www.i3pep.org/archives/2004/11/12/akbar/